Feb 5, 2010

Resepi Kek Pisang Marble

Atas permintaan tiha makanya aku letak resepi kek pisang marble ni, resepi ni sebenarnya aku dapat kt hasil pencarian di internet gak, tp mmg xingat kt mana coz main google jer, cuma aku modified jadi kana marble he..he..apapun tq la kaepada tuan punya resepi nih kan. So tiha, cepat2 tengok bahannya :-)


Kek Pisang Marble

Bahan-bahan
  • 7 biji pisang berangan
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur
  • 2 cawan gula halus (sue xsuka manis, so kurang kepada 1 1/2 cwn je)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 cawan tepung gandum
  • sedikit cocoa powder @ cocoa emulco

Cara-Cara

  1. Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat, kemudian tuangkan ke dalam bekas lain.
  2. Masukkan telur + gula + esen vanilla ke dalam blender, n blend sampai telur kembang
  3. Kemudian, tuangkan ke dalam adunan pisang tadi, gaul rata
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu adunan bancuh dengan cocoa powder @ cocoa emulco
  6. Lenserkan tin pembakar, masukkan 1 senduk adunan biasa, kemudian masukkan adunan cocoa (kiranya adunan ni bertindih-tindih), lakukan semua ni berselang seli sehingga kedua-dua adunan habis.
  7. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C

he..he.. harap2 tiha faham ek cara nkmarblekan tu, so apalagi tiha cepat2 ke dapur..baking time n sue harap tiha berjaya membuatnya k.



2 comments:

Tihara said...

salam sue..

sayangg sue..ntah bile la tiha nak baking2 ni..tapi nak try gak dlm sabtu or ahad nih..tq sue..very2 much!!

sue_eila said...

salam tiha :-)
sama-sama, cuba jgn takcuba tau